Sunday, July 18, 2010

Budi Setahun Segunung Intan


Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Amboi..manisnyer lirik lagu nih (dr ahmad jais, kartina dahari)..irama pun sedap, tak jemu didengar. Lagu klasik 60-an zaman nenek2 dan ibubapa kita..lirik yang begitu puitis.. penuh makna, mengharap seribu pengertian.

Namun bagi jiwa yang ketandusan emosi, manakan bisa menghargai seni yang begitu indah ini. Irama yang klasik..cantik beralun, ternyata JAUH berbeza dengan muzik kini yang banyaknya hanya mengubah dan menambah-nambah. Kononnya kreatif tapi langsung tiada nilai estetika.

Muzik Malaysia..telah lama hilang identitinya..kalau ada pun komposer yang bagus2 (macam m.nasir), muzik mereka tenggelam hilang di arus zaman. Zaman modenlah katakan, muzik dan seni pun mestilah moden kan..kalo tak, tak key ell lah. Itu kata kebanyakan generasi muda zaman sekarang. Bukan menyalahkan tetapi hanya menyatakan yang lagu2 dan irama yang menggambarkan ketinggian seni masyarakat Melayu telah lama terhakis dari minda dan jiwa generasi masa kini.

Ohh..aku rindukan irama gamelan, yang santun dan mendayu memukul hati..Bukan irama ala hip hop atau rap atau yang sewaktu dengannya yang TIADA LANGSUNG mengambarkan nilai kesantunan dan ketinggian budi masyarakat Melayu. Hanya lirik2 kosong yang melayan emosi tak menentu. Yang sesetengahnya menyatakan pemberontakan mereka dengan situasi semasa. Banyak contohnya, tetapi biarlah sahaja. Tak mahu dikata berfikiran NEGATIF atau TERTUTUP.

Masih wujudkah generasi muda yang memperjuangkan lagu dan kesenian Melayu yang santun? Kalau adapun mungkin di ipta dan ipts dengan kumpulan gamelan, caklempong atau pun dikir barat mereka. Mungkin juga kumpulan2 seni negeri..Tapi, tak banyak dan kalau adapun pendapat mereka sering ditentang oleh karenah birokrasi yang langsung tidak mahu menghargai.

Harapanku agar muzik2 klasik berjiwa melayu ini tidak pupus terus. Sayang kalau dibiarkan tenggelam begitu sahaja dibawa arus kemodenan masa kini. Tengok sahaja lirik lagu di atas, bercerita tentang perasaan teruna dan dara dengan cara yang penuh molek dan beralas, berkias-kias, banyak nasihat menasihati. Sama2 kita hayati maknanya :)

No comments:

Post a Comment