Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Mencari Lailatul Qadar



"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.
Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Tuesday, August 10, 2010

Guide For Ramadhan

welcome ramadhan



What to do?

1. Start reading Quran daily.
2. Spend some time listening to recitations from the Quran.
3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.
4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.
5. Evaluate yourself daily before going to bed.
6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.
7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.
8. Find time to pray extras, such as Nafals andTahajjud prayers.
9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.
10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.
11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.
12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.
13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid ?

1. Avoid or reduce watching TV.
2. Avoid looking at unlawful pictures.
3. Spend free time in mosque or Islamic organizations and make that as a daily habit.
4. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.
5. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.
6. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.

" Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "



A Quick Checklist :

1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).
2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer.
3. Study the Tafseer (commentary) .
4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.
5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.
6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.
7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.
8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed.
9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.
10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.
11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).
12. Weep in private for the forgiveness of your sins.
13. Learn to control your tongue and lower your gaze.
14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.
15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.
16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada.
17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.
18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.


Perkara-perkara yang membatalkan puasa & adab sepanjang Ramadhan



Sepanjang bulan Ramadhan, hendaklah kita memelihara diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang yang boleh membatalkan ibadah puasa yang sedang dijalani. Difardhukan ibadah puasa kepada umat islam bukanlah bertujuan untuk memberatkan dan menyusahkan tetapi ianya sebagai satu bentuk tarbiyah dan proses latihan untuk melahirkan mukmin yang bertakwa. Walaupun begitu, Allah memberi keringanan kepada mereka yang tidak mampu berpuasa. Dalam Surah al-Baqarah ayat 285 Allah menyatakan:

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Dengan lain perkataan, bulan Ramadhan adalah bulan untuk mendidik umat islam supaya berdisiplin dan hasilnya dapat dilihat setelah berlalunya Ramadhan. Justeru, bagi menunjukkan ketaatan dan disiplin hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan terbatal sekiranya seseorang itu melakukan perkara-perkara berikut:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga anggota tubuh badan.
3. Muntah dengan sengaja
4. Pengsan sepanjang hari.
5. Bersetubuh pada siang hari
6. Keluar air mani dengan perbuatan tertentu yang disengajakan
7. Haid dan nifas
8. Gila
9. Murtad

ADAB-ADAB KETIKA BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN
Asasnya adab-adab yang dianjurkan adalah untuk memelihara diri kita daripada melakukan atau menghampiri perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah:

1. Menjaga lidah dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan diri kita.
2. Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan memastikan makanan yang dimakan adalah halal lagi bersih.
3. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasa akan lebih sempurna.
4. Mengurangkan tidur disiang hari. Penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah.
5. Apabila berbuka puasa hendaklah makan dan minum secara bersederhana. Elakkan makan dengan gelojoh dan melakukan pembaziran.
6. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi tetapi ruang masa yang ada dipenuhkan dengan beribadat kepada Allah.
7. Mengawal sifat marah

ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA PUASA
1. Berbuka apabila masuk waktu maghrib.

Diriwayatkan dari Umar bin al-khattab RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang berpuasa boleh berbuka.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

2. Mendahulukan makan dari solat Maghrib.

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat Maghrib, janganlah mendahulukan solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

3. Mempercepatkan waktu berbuka.

Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Manusia (Umat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

4. Berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat.

Diriwayatkan dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW berbuka dengan makan beberapa ruthaab sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.
(Hadis riwayat Abu Daud & al-Hakim)

5. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
(Hadis riwayat al-Baihaqi & Ibnu Khuzaimah)

6. Membaca doa berbuka puasa. Doanya adalah seperti berikut:

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


7. Tidak makan dengan sifat tamak dan gelojoh. Seharusnya kita menghayati doa yang kita baca sebelum berbuka yang mana kita dapat berbuka puasa dengan rahmat Allah dan apa yang dimakan adalah rezeki dariNya. Kita perlu bersyukur dengan pemberiannya. Sebaik-baiknya makanlah sekadar yang perlu agar ianya tidak memudaratkan diri dan mengganggu kita menjalani ibadah pada sebelah malam.

8. Mengelakkan pembaziran dalam penyediaan juada berbuka. Salah satu daripada hikmah difardhukan ibadah puasa adalah supaya kita dapat berjimat cermat. Tidak seharusnya kita berbelanja besar semata-mata untuk menyediakan juadah berbuka. Adalah lebih afdhal sekiranya sebahagian peruntukkan yang ada digunakan untuk bersedekah.

ADAB-ADAB KETIKA BERSAHUR
Bersahur merupakan satu ibadah dan pelengkap kepada ibadah puasa yang dijalani. Berikut adalah beberapa adab dalam menjalani ibadah sahur:

1. Umat Islam digalakkan supaya bersahur kerana di dalam sahur terdapatnya keberkatan. Umat islam sering melupakannya sedangkan bersahur merupakan suatu tuntutan yang menjadi ibadah.

Diriwayatkan oleh al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh berkat”.
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

2. Memberi sedikit ruang masa sebelum menunaikan solat subuh. Ini bagi mengelakkan kita daripada termengah-mengah ketika solat dan mengganggu khusyuk ketika solat.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat (subuh). Saya berkata: berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu subuh? Ia berkata: Selama orang membaca lima puluh ayat”.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

3. Melewatkan sahur.

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata: “Adalah para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur”.
(Hadis riwayat al-baihaqi)

4. Meneruskan makan sekiranya telah masuk waktu subuh. Walaupun begitu ia bukanlah bermaksud boleh makan selepas masuk waktu subuh. Ianya hanya sekadar menyelesaikan apa yang sedang dimakan/minum.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan dan piring masih ditangan janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya (makan/minum sahur) daripadanya”.
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & al-Hakiem)





Sunday, July 25, 2010

Amalan pada Malam Nisfu Syaban



Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

"YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL."

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

"AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA."

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR."

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
"Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi."

"Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung."

"Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong."

Membaca Salawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Nisfu Syaban and Its Night

There are some hadiths that speak about the Middle of Syaban and its night. However, the scholars of hadith say that most of the hadiths concerning this night are not authentic. They are weak (da`if) according to the criteria of the narrators and scholars of Hadith. Imam Al-Mundhiri (died in 656 A.H.) in his famous book At-Targhib wat-Tarhib (vol. 2, pp. 116-120) reported fourteen hadiths on the subject of this night. The following points can be summarized from those hadiths:


1. The month of Syaban is a great month.

2. In this month Allah takes the account of His creation.

3. Because this month occurs between two other important months (Rejab and Ramadan) many people do not pay enough attention to it.

4. The Prophet (peace be upon him) loved to fast during this month. He used to fast most of the month of Syaban.

5. After sunset on the night of Middle of Syaban, Allah in His great mercy and kindness turns towards His creation and asks, "Is there anyone who would seek My forgiveness and I forgive him (or her)? Is there anyone who is in need to ask Me and I provide for his (or her) needs. Is there anyone who is in pain and seeks My help and I help him (or her)? Is there…? Is there…?” until the time of Dawn."

6. The Prophet (peace and blessings be upon him) is said to have recommended prayers during this night and fasting during the following day.

7. It reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) used to visit the Muslim cemetery on this evening and he used to pray for the deceased Muslims.


These are the things that we learn from some hadiths about the significance of this night. However, there are many practices and customs common in some Muslim countries, such as making a sweet dish, setting off fireworks, etc. These things have no meaning and no reference in hadiths. There are also some superstitious beliefs about this night. For example, some people believe that the spirits of the deceased visit their relatives during this night. Some believe that there is a special tree in Heaven upon whose leaves are the names of all human beings, and whatever leaves drop during this night, those people are destined to die in this year. Some think that the decisions about the life and death of people are made during this night. All these beliefs and superstitions do not belong to the authentic teachings of the Qur’an and Sunnah.


We must try to follow the Qur’an and the authentic Sunnah of the blessed Prophet (peace and blessings be upon him). It is our duty as Muslims to take advantage of all good occasions to revive our faith, to purify our souls, and to increase our love and devotion to Allah (glory be to Him), but we must follow the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him). We must not do anything in our celebrations that is against his teachings.

Kelebihan Syaban

Erti Syaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaban

Bulan Syaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat . Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaban dan tiga hari pada pertengahan Syaban dan tiga hari pada akhir Syaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

* Bertaubat. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”