Tuesday, October 5, 2010

Aurat...Adakah Kita Sedar Tentangnya?

Aurat Wanita

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya memadai dengan hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW? Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?

Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26).

Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat dan Allah itu Maha melihat.

Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Hadis ini sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.

Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan memberi naungan di akhirat kelak. Amin…. Wallahualam.

Wednesday, September 29, 2010

Awesome Things in Life

The morning dew on a freshly bloomed flower..

The radiant sun reflecting on the waters with its vigor and power
..

The gentle kiss from a loving child..

A tender touch when you the need the most, so soft and mild
..

The redness of an apple so ripe and delish..

The glittering stars on a dark night that embellish..

A sweet smile on a tear dried face..

The hug that makes the pain disappear from lonely days..

A breath of fresh air after a life's pain and struggle..

A nice peaceful sleep with a teddy to cuddle..

The smear of ice cream on a happy kid's nose..

The intoxicating fragrance from the love and the rose..

The warmth of a blanket to the one who owns none..

A place of shelter and hope for the one on the run..

A rainbow after the rain brings hope to the hopeless..

A warm cup of soup to the one who is homeless
..

A list that grows with awesome things in life..

I thank GOD for this experience and just to be alive =)




Tuesday, September 28, 2010

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda: 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Wallahualam..



Friday, September 17, 2010

Innalillah..Buat arwah Makngah

15 Sept

Jam 6.50 ptg -
Panggilan telefon yg kubuat untuk bertanyakan aktiviti famili ttg hari cuti umum 16 sept bertukar menjadi satu kejutan..kejutan yang sudah dijangka akan berlaku. Makngah telah meninggal dunia..

Innalillahiwainna ilaihirojiun..

Arwah paralized (half brain death) selama hampir 4 thn. Dalam tempoh tu, arwah tak boleh bergerak, makan, bercakap atau melakukan apa-apa aktiviti seperti orang normal. Arwah hanya mampu terbaring dan terlantar di atas katil. Makan dan minum pun hanya dengan susu khas melalui tiub yang disambungkan ke perut..Sungguh kasihan..Keadaan arwah nazak dan nafas arwah menjadi tidak menentu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Abah dan mama ada di kampung, Astana Raja, Rembau. Aku pada waktu tu ada di bilik mahallah di UIA, lepas pulang dari kerja.

Jam 7.30 mlm -
Usai solat maghrib, aku pulang ke Seremban dan mengambil adik di rumah dan kami pulang ke Rembau, kampung kami.

Jam 10 mlm -
Alhamdulillah, aku dan adik selamat sampai ke kampung. Jenazah arwah terbaring kaku di anjung tingkat atas rumah wan ku. Ramai juga sedara mara yg sudah dtg dan menjenguk arwah, walaupun belum semua. Aku dan famili sempat membaca Yassin utk disedekahkan kepada arwah.


16 Sept

Jam 10.45 pagi -
Jenazah sedang dimandikan ketika kami sampai ke kampung. Semalam kami balik ke Seremban, tak jadi tidur kampung sebab adikku kena kerja (praktikal). Setelah dikapankan, jenazah dibawa dalam van jenazah untuk disolatkan di masjid kampung sebelum dikebumikan di kawasan perkuburan Islam kampung kami.

Jam 11.45 pagi -
Kami (Aku, adik dan sepupu) menuju ke pusara dgn kereta. Ini kali pertama dalam hidupku aku melihat jenazah dikebumikan. Entah dari mana datangnya keberanian untuk menyaksikan semua itu. Dari hal jenazah dimandikan, dikapankan sampailah dikebumikan, semuanya aku saksikan live dengan mata sendiri. Sebelum ni, nak tengok jenazah mandi pun tak berani huhu..

Sewaktu imam membaca talqin, aku jd insaf sendiri. Mati itu satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan. Semua orang akan merasakan mati. Masanya aje yang berbeza..Ada yang cepat, ada yang lambat.. Beruntunglah bagi orang yang selalu bertaubat dan beramal soleh sepanjang hidupnya.. dan sengsaralah pula bagi orang kafir dan orang yang tidak sempat bertaubat semasa hayatnya lalu menemui ajalnya. Nauzubillahi min dzalik...

Walaupun kami semua sedih dengan pemergian arwah, namun kami redha. Arwah dah lama sakit dan menderita. Paling kasihan dengan Pakngah Samad (abang abah), suami arwah yang sangat sabar menjaga isterinya sepanjang tempoh itu. Inilah namanya cinta sejati... Walaupun isteri terlantar sakit dan tidak mampu berbuat apa-apa, tetapi Pakngah tetap setia menjaga isterinya. Kami kagum dengan ketabahan Pakngah. Tak semua suami yang dikurniakan sifat sabar dan setia seperti Pakngah. Apa pun, kami pasti Pakngah sudah redha dengan pemergian arwah isteri tercinta...

Sememangnya ketentuan Allah adalah yang terbaik. Al-Fatihah buat arwah Makngah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh dan solehah..Ameen.

Wednesday, September 8, 2010

Ada Hikmahnya


Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

Tuesday, September 7, 2010

On Love & Marriage

Loving Allah & Allah's messenger first

The Prophet, peace and blessings be upon him, says: "Three qualities, if found in a person, will help him have perfect faith: Having Allah and His Messenger, peace and blessings be upon him, as the most beloved ones, loving a person only for the sake of Allah and hating getting back to Kufr (disbelief) the way one hates to be thrown into fire."


Lower Gaze & Guard Modesty

“…believing men and women should lower their gaze” (An-Nur: 30). The couple, however, are not permitted to be alone in a closed room or go out together alone.

Hadith says: "When a man and a woman are together alone, the Shaytan (Satan) makes their third."


Lovers to be united

Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said: “There is nothing better for two who love each other than marriage.” (Sahih Al-Jami`, 5200)


Consent before marriage

The Prophet, peace and blessings be upon him, said: "The widow and the divorced woman shall not be married until she has consented to that and the virgin shall not be married until her consent is sought.


Criteria for marriage

The Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, says: “A woman may be married for four things: her wealth, her lineage, her beauty and her commitment to religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust [i.e., may you prosper]!” (Agreed-upon Hadith).

Al-Tirmidhi HadithHadith 5592 Narrated byThawban
The Prophet (peace be upon him) said, "My reservoir is like the distance between Aden and Amman in al-Balqa'. Its water is whiter than milk and sweeter than honey, and its cups are as numerous as the stars in the sky. He who takes one drink of it will never thirst thereafter. The first to come down to it will be the poor emigrants, those with dishevelled heads and dirty clothes, who do not marry delicate women and do not have doors opened for them."
Ahmad, Tirmidhi and Ibn Majah transmitted it, Tirmidhi saying this is a gharib tradition.


Souls get along whom they recognise

Imam Ahmad ibn Hanbal (may Allaah have mercy on him) narrated in his Musnad the hadeeth of ‘Aa’ishah (may Allaah be pleased with her): A woman used to go to Quraysh and make them laugh. She came to Madeenah and stayed with a woman who also made people laugh. The Prophet (blessings and peace of Allaah be upon him) said: With whom is So and so staying? She said: With So and so, who makes people laugh. He said: “Souls are like conscripted soldiers; those whom they recognize, they get along with, and those whom they do not recognize, they will not get along with.” The original version of this hadeeth is in al-Saheeh.

Surah Isra 17 verse 80 Say: "O my Lord! let my entry be by the Gate of Truth and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant me from Thy Presence an authority to aid (me)."

Ameen.

Sunday, September 5, 2010

Iklan raya?

Iklan raya 2010 dari tv3 yang kontroversi..
hm, sib baik dah tak ditayangkan lagi..well done tv3 for the controversial ad!