Tuesday, August 31, 2010

Mencari Lailatul Qadar



"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.
Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Thursday, August 26, 2010

Mencegah Kanser


Apakah kanser? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asid kita perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.


PENGETAHUAN AM

Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam (gigi kanine) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.

PENYEBAB KANSER

Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya (dalam sukatan amaun kecil). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER:

a) Makanan yang di BBQ.

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

d) Makanan yang diawet, berlebihan garam atau nitrate. Contoh: makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok (mengandungi aflatoksin)

f) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.

g) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.

UBAT KANSER SEMULAJADI

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, ungu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya.

Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain (lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur (termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah). Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

Wednesday, August 25, 2010

Solat : Keajaiban dari sudut Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.


Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.


Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.


Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.


Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.


Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.


Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.


Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.


Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama.

Thursday, August 19, 2010

Accounting Research Method a.k.a ARM


Aduhhh...sem ini..
Ada very special subject, Accounting Research Method (shortcut ARM aje..) Menarik mmg menarik..sbb tak der final huhu..
tapi, sbg gantinyer kena submit research proposal by the end of this sem, shortly before final exam. Mujurlah sem ni aku hanya ambil 2 subjects, ARM dan IAF (Islamic Accounting and Finance).
So, kiranya final hanya ada 1 subject..:)

Bunyi mmg macam relaks tapi hakikatnyer tak relaks langsung pun. Sabar ajelah..

Next week..presentation!
Kepada kawan2 yg sudah, aku jeles padamu..
kepada yg belum dan senasib dgnku, bersabarlah kita di bulan yang mulia ini...

Hmm..kena present 'article critique'.
Article yang ingin dikritik tu mestilah berkaitan dengan topik research yg akan dibuat sejurus selepas research proposal diapprovekan. Sebenarnya, mmg dah boleh start ngan research tp tu semua bergantung kepada tahap kerajinan individu itu sendiri :)...
As for me, aku pun sedang berusaha membaca banyak artikel2 yg berkaitan dengan topik research ku..

Tapi ape pun..1st things 1st..siapkan satu2..

And that brings me back to reality, which is PRESENTATION next week..

WISH ME ALL DA BEST, FRENZ :) ..C ya.. gtg :)

Monday, August 16, 2010

Penyelesaian Stres Menurut Islam

Firman Allah s.w.t :al-Mulk :2
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)".

Allah s.w.t mencipta manusia dan menguji manusia untuk menilai siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Ujian Allah boleh terjadi dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk fizikal, biologikal atau psikologikal dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah :155
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar".

Punca stres

1) Dalam diri : seperti; harapan yang tinggi, masalah peribadi, pengalaman yang traumatik semasa kecil dan lain-lain pengalaman.

2) Tekanan rumah tangga : seperti; kewangan, keibubapaan, hubungan suami isteri, hubungan dengan mertua dan sebagainya.

3) Tekanan sosial : seperti; masalah perhubungan, tekanan tempat kerja, tekanan kehidupan samada di bandar atau kampung.

4) Tekanan pekerjaan : seperti; jenis pekerjaan, risiko atau tanggungawab pekerjaan, keadaan fizikal kerja, organisasi, peranan atau tugas, perkembangan kerjaya dan komunikasi yang tidak berkesan.

Firman Allah s.w.t :al-Balad :4
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)".


Manusia sejak berada dalam rahim ibunya sudah menghadapi stres kerana tempat tinggalnya yang sangat sempit hanya sebesar sebiji bola sahaja, kemudian apabila dilahirkan manusia stres menghadapi angin dunia yang sejuk yang menyebabkan bayi menangis, kemudian sakit apabila tali pusat tertanggal, kemudian sakit bersunat, kemudian stres memasuki alam persekolahan samada Pra Sekolah, Sekolah rendah, sekolah menengah,dan universiti, kemudian stres mencari jodoh dan perkahwinan, kemudian stres rumah tangga, masalah anak-anak, seterusnya berhadapan dengan pelbagai penyakit; kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan sebagainya, kemudian stres menghadapi sakaratul maut seterusnya stres menghadapi Munkar dan Nakir dan seksa kubur, kemudian stres hari kebangkitan semula, perhimpunan Mahsyar, timbangan amal, titian Sirat dan akhir sekali Syurga atau neraka. Berbahagialah seorang manusia bila dimasukkan ke dalam Syurga dan hilanglah stresnya tapi jika dimasukkan ke Neraka stresnya akan berterusan tidak berpenghujung.

Punca stres mengikut Islam

Menurut pandangan Islam punca stres itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, roh, nafsu dan akal.

Kelemahan hati

Kelemahan hati yang menyebabkan longgarnya hubungan manusia dengan Allah s.w.t yang menyebabkan kehidupannya menjadi sempit seolah-olah tidak ada jalan keluar daripada masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus(latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah)

Firman Allah s.w.t : Toha :124
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".

Kelemahan roh

Roh menghidupkan jasad atau badan, maka kekuatan roh itu dinilai dari sudut mengenali Allah s.w.t, semakin ia kenal Allah semakin kuat dan mantap roh tersebut, jika tidak maka roh itu akan lemah mudah diganggu dan diresapi oleh iblis dan syaitan.

Kelemahan nafsu

Mengikut imam al-Ghazali nafsu adalah satu unsur yang halus yang mana ia adalah hakikat manusia, ia mempunyai bermacam-macam sifat dan keadaan. Apabila keinginan negatif dan keburukan menguasai hati, itulah yang dikatakan nafsu Lawwamah atau Ammarah bis su'. Apabila ketenangan, ketenteraman dan kejernihan menyelubungi hati, itulah yang dikatakan nafsu Mutmainnah.

Firman Allah s.w.t : al-Fajr :27-30
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "


Kelemahan akal

Menurut imam al-Ghazali, akal ialah sesuatu yang dapat menerima ilmu dan wadah pengetahuan, kelemahan akal berpunca daripada kejahilan atau sedikit ilmu seseorang. Para ilmuan mengandaikan ilmu itu adalah makanan bagi akal, tanpa ilmu akal akan mati, akal yang mati tidak akan berfungsi dengan baik.

Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam

1) Tadabbur al-Quran

Membaca al-quran dengan betul, dalam masa yang sama memahami makna ayat-ayat yang dibaca serta menghayati dan mengamalkan arahan dan larangan akan mententeramkan fikiran, hati, rohani dan jasmani. Sebagaimana al-Quran boleh memberi respon yang baik kepada molekul air begitu juga al-Quran boleh memberi ketenangan kepada manusia yang membaca dan mendengarnya sebagaimana hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

Antara contohnya


Bentuk molekul air oksigen dan berkhasiat (mineral tempatan) yang belum dibaca apa-apa

Bentuk molekul air dibaca surah kitab suci al-Quran


Bentuk molekul air sebelum dibaca doa


Bentuk molekul air setelah dibacakan doa sebelum diminum


Selalulah membaca al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali khatam setahun. Setiap hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat, insyaAllah kita akan ditulis sebagai orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

2) Taqarrub kepada Allah s.w.t
Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengenali dan mencintainya lebih daripada segala-galanya sehingga lahir rasa kehambaan sejati dalam diri melalui amal ibadah secara istiqamah (berterusan) dengan cara;
i) Qiamullail
iaitu bangun pertengahan malam atau sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t dengan menunaikan ibadah solat sunat seperti solat Tahajjud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir.
ii) Istighfar dan Taubat
iaitu dengan sentiasa beristighfar sekurang-kurangnya 75-100 kali sehari dan berzikir dengan zikir-zikir daripada al-Quran dan juga Hadis.

3) Syukur dan ikhlas
iaitu melakukan kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, semuanya dilakukan kerana Allah s.wt. Jika kita bekerja atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu, apabila kita tidak dapat apa yang kita hajati sudah pasti stres akan melanda.

Firman Allah s.w.t :al-Insaan :9
"(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih".

4) Tawakkal
Berserah dan menyerahkan natijah semua perkara kepada Allah s.w.t setelah berusaha sedaya upaya serta percaya yakin kepada segala janjinya.

Unsur penting dalam Tawakkal

i) Menyedari bahawa Allah pemberi rezeki, kekuatan, keinginan dan tubuh badan yang sihat dan kuat untuk bekerja.

ii) Menyedari bahawa segala perbuatan, tindakan, hakikat sebenarnya adalah kehendak Allah s.w.t.

InsyaAllah jika semua ini ada pada kita, maka kita akan menjadi manusia yang tidak pernah berputus asa dan tidak akan stres kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Sebagai orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t, sepatutnya kita dapat menghadapi stres dengan baik setelah kita mengetahui bahawa semua yang menimpa kita adalah ujian dari Allah s.w.t. Walaubagaimanapun stres akan melanda sesiapa sahaja, kerana semua manusia akan diuji oleh Allah s.w.t, cuma sebagai muslim mungkin kita dapat mengurangkan stres tersebut dengan cara-cara yang disebut di atas, di sana ada lagi cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mengawal stres seperti pendekatan fizikal dan emosi.

Mudah mudahan dapat manfaat
dari ustaz Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Mengurus stres


SELAGI bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan sehari-hari. Pendek kata, dalam kehidupan moden yang serba mencabar ini, stres menjadi sebahagian makanan dan pakaian kita.

Suka atau tidak, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa perlu berdepan dengan situasi yang boleh mencetuskan stres. Belum lagi anda membelek akhbar hari ini atau mendengar berita di media elektronik.

Sepuluh minit pertama selalunya berkisah tentang liputan yang berlatarbelakangkan bencana alam dan jenayah manusia yang meresahkan.

Tanda amaran stres

Gejala fizikal

Degupan jantung yang cepat - Banyak berpeluh - Terasa loya - Bernafas kencang - Cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil - Sejuk kaki tangan - Selera makan berubah - Gangguan seks - Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya - Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam

Gejala mental

Berasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku - Risau dan bimbang - Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan - Rasa tidak sihat - Sukar tidur - Keinginan seks menurun - Amat letih - Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok - Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan

Kesan stres terhadap kesihatan

Darah tinggi - Lelah - Masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema - Serangan jantung - Sinus/resdung - Hilangan fungsi seksual dan pembiakan - Strok - Masalah berat badan - Gangguan tidur - Cirit-birit atau sembelit - Migrain - Gangguan kebimbangan - Ulser perut - Sakit kepala - Kemurungan.

Banjir kilat, tsunami, jenayah bunuh, bunuh diri, penderaan, kemalangan jalan raya yang dahsyat, runtuh sana sini, penyakit kronik dan berjangkit, pergaduhan, buli, rempit dan lain- lain gejala sosial – semuanya menambahkan tahap stres sedia ada.

Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh berkata, stres tercetus apabila unsur mendesak mengatasi keupayaan kita menanganinya.

‘‘Apabila seseorang stres, tubuh bertindak balas seolah-olah berada dalam situasi berbahaya. Respons stres ini selalunya dirujuk sebagai ‘lawan atau lari’ di mana tubuh secara automatik bertukar ke gear tinggi.

‘‘Apabila berdepan ancaman, hipotalamus pada dasar otak akan ‘membunyikan’ sistem penggera di dalam badan, menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol,’’ ujar beliau.

Menurutnya, adrenalin meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah serta merangsang bekalan tenaga. Kortisol, hormon utama stres menambahkan kandungan gula, mengawal fungsi tidak penting dan bahaya dalam situasi lawan atau lari.

Ia mengubah respons sistem imun dan menekan sistem penghadaman, sistem reproduktif dan proses tumbesaran. Sistem penggera yang kompleks ini turut berkomunikasi dengan bahagian otak yang mengawal mood, dorongan dan ketakutan.

Kata Dr. Ahmad Shukri, sesetengah stres adalah normal malah dalam dos yang kecil, ia boleh menjadi sesuatu yang positif.

Ia boleh membantu sekiranya seseorang perlu bekerja kuat atau bertindak balas dengan cepat. Contohnya, memenangi perlumbaan, bersemangat menduduki peperiksaan atau menyelesaikan tugasan sebelum tarikh akhir.

‘‘Bagaimanapun, stres yang kerap berlaku dan berterusan dalam jangka panjang boleh mendatangkan kesan yang negatif serta menjejaskan tahap kesihatan diri dan mental seperti kemurungan dan gangguang bipolar.

‘‘Ia boleh memberikan anda sakit kepala, perut meragam, sakit belakang ataupun gangguan tidur. Ia juga boleh melemahkan sistem imun/ketahanan badan dan akibatnya, sukar untuk melawan penyakit.

Masalah

‘‘Jika seseorang itu memang sedia mengalami masalah perubatan, stres akan memburukkan lagi keadaannya. Anda jadi moody, tertekan atau murung, mempunyai masalah dalam perhubungan dan prestasi merosot di tempat kerja atau sekolah,’’ jelasnya.

Beliau menyifatkan stres sebagai sesuatu yang unik, seunik setiap individu yang mengalaminya. Dalam kata lain, tidak semua orang berkongsi perasaan dan gejala stres yang sama.

‘‘Keadaan yang menyebabkan stres kepada sesetengah orang mungkin tidak stres bagi orang lain malah menyeronokkan seperti memberikan ceramah, hadir temu duga, menganjurkan acara tertentu dan sebagainya.

‘‘Ia bergantung kepada personaliti, sikap, faktor fisiologi seperti menjaga pemakanan, teknik pengendalian yang baik dan pengalaman hidup seperti kanak-kanak terbiar dan menjadi mangsa penderaan yang cenderung menjadi dewasa yang stres,’’ kata beliau.

Masalahnya, kata Dr. Ahmad Shukri, ada sesetengah orang yang gagal mengenal pasti gejala-gejala stresnya lebih awal yang berlanjutan sehingga beberapa tahun kemudian. Pada masa itu, keadaannya mungkin telah menjadi serius dan mengundang pelbagai risiko negatif.

‘‘Saya minta maaf cakaplah tetapi daripada pemerhatian saya, rakyat Malaysia tidak pandai menguruskan stres mereka. Masyarakat kita juga terlalu sensitif apabila ditegur.

‘‘Mereka gemar mengambil kritikan yang sepatutnya membina sebagai sesuatu yang bersifat peribadi sedangkan yang kita tegur adalah perbuatannya yang mungkin tidak kena dan boleh membawa mudarat kepada organisasi,’’ jelasnya.

Memahami sumber pencetus stres sama ada kecil atau besar, dalaman atau luaran, jangka pendek atau panjang merupakan langkah pertama dalam belajar menguruskannya.

Untuk mengawal stres anda, ketahui apakah yang menyebabkannya, cari jalan bagaimana untuk mengurangkan stres dan pelajari teknik-teknik untuk melegakan perasaan itu.

Namun, ada kalanya tidak cukup jelas kenapa anda berasa stres. Menyimpan jurnal stres sedikit sebanyak boleh membantu. Tuliskan apa yang mencetuskan stres anda di dalam buku nota. Nyatakan juga apa reaksi anda dan cara anda mengendalikannya.

Jurnal stres berupaya membantu anda mengenal pasti penyebab stres dan keseriusannya, seterusnya anda boleh mencari jalan untuk mengurangkan atau mengendalikannya dengan lebih baik.

Berfikiran positif turut membantu dalam pengurusan stres anda. Adakah gelas anda separuh kosong atau penuh?

Bagaimana anda menjawab soalan popular tentang pemikiran positif ini akan memberikan gambaran anda tentang kehidupan, sikap terhadap diri sendiri dan sama ada anda optimistik atau pesimistik orangnya.

Malah, kajian menunjukkan bahawa personaliti optimisme dan pessimisme (sikap mudah putus asa) boleh menentukan panjang pendek umur anda. Jadi, apakah yang mencetuskan stres anda?

Tip pengurusan sendiri

* Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

* Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.

* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi, rekreasi.

* Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.

* Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

* Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

* Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.

* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa, bersesuaian diri anda.

* Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

* Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan. Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.

* Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.

* Membantu orang yang memerlukan dapat mengubah tumpuan dan perhatian dari masalah dan kerisauan yang dihadapi.

Tuesday, August 10, 2010

Guide For Ramadhan

welcome ramadhan



What to do?

1. Start reading Quran daily.
2. Spend some time listening to recitations from the Quran.
3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.
4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.
5. Evaluate yourself daily before going to bed.
6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.
7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.
8. Find time to pray extras, such as Nafals andTahajjud prayers.
9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.
10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.
11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.
12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.
13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid ?

1. Avoid or reduce watching TV.
2. Avoid looking at unlawful pictures.
3. Spend free time in mosque or Islamic organizations and make that as a daily habit.
4. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.
5. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.
6. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.

" Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "



A Quick Checklist :

1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).
2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer.
3. Study the Tafseer (commentary) .
4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.
5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.
6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.
7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.
8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed.
9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.
10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.
11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).
12. Weep in private for the forgiveness of your sins.
13. Learn to control your tongue and lower your gaze.
14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.
15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.
16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada.
17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.
18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.


Perkara-perkara yang membatalkan puasa & adab sepanjang Ramadhan



Sepanjang bulan Ramadhan, hendaklah kita memelihara diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang yang boleh membatalkan ibadah puasa yang sedang dijalani. Difardhukan ibadah puasa kepada umat islam bukanlah bertujuan untuk memberatkan dan menyusahkan tetapi ianya sebagai satu bentuk tarbiyah dan proses latihan untuk melahirkan mukmin yang bertakwa. Walaupun begitu, Allah memberi keringanan kepada mereka yang tidak mampu berpuasa. Dalam Surah al-Baqarah ayat 285 Allah menyatakan:

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Dengan lain perkataan, bulan Ramadhan adalah bulan untuk mendidik umat islam supaya berdisiplin dan hasilnya dapat dilihat setelah berlalunya Ramadhan. Justeru, bagi menunjukkan ketaatan dan disiplin hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan terbatal sekiranya seseorang itu melakukan perkara-perkara berikut:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga anggota tubuh badan.
3. Muntah dengan sengaja
4. Pengsan sepanjang hari.
5. Bersetubuh pada siang hari
6. Keluar air mani dengan perbuatan tertentu yang disengajakan
7. Haid dan nifas
8. Gila
9. Murtad

ADAB-ADAB KETIKA BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN
Asasnya adab-adab yang dianjurkan adalah untuk memelihara diri kita daripada melakukan atau menghampiri perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ialah:

1. Menjaga lidah dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan diri kita.
2. Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan memastikan makanan yang dimakan adalah halal lagi bersih.
3. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasa akan lebih sempurna.
4. Mengurangkan tidur disiang hari. Penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah.
5. Apabila berbuka puasa hendaklah makan dan minum secara bersederhana. Elakkan makan dengan gelojoh dan melakukan pembaziran.
6. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi tetapi ruang masa yang ada dipenuhkan dengan beribadat kepada Allah.
7. Mengawal sifat marah

ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA PUASA
1. Berbuka apabila masuk waktu maghrib.

Diriwayatkan dari Umar bin al-khattab RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang berpuasa boleh berbuka.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

2. Mendahulukan makan dari solat Maghrib.

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat Maghrib, janganlah mendahulukan solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

3. Mempercepatkan waktu berbuka.

Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Manusia (Umat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

4. Berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat.

Diriwayatkan dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW berbuka dengan makan beberapa ruthaab sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.
(Hadis riwayat Abu Daud & al-Hakim)

5. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
(Hadis riwayat al-Baihaqi & Ibnu Khuzaimah)

6. Membaca doa berbuka puasa. Doanya adalah seperti berikut:

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


7. Tidak makan dengan sifat tamak dan gelojoh. Seharusnya kita menghayati doa yang kita baca sebelum berbuka yang mana kita dapat berbuka puasa dengan rahmat Allah dan apa yang dimakan adalah rezeki dariNya. Kita perlu bersyukur dengan pemberiannya. Sebaik-baiknya makanlah sekadar yang perlu agar ianya tidak memudaratkan diri dan mengganggu kita menjalani ibadah pada sebelah malam.

8. Mengelakkan pembaziran dalam penyediaan juada berbuka. Salah satu daripada hikmah difardhukan ibadah puasa adalah supaya kita dapat berjimat cermat. Tidak seharusnya kita berbelanja besar semata-mata untuk menyediakan juadah berbuka. Adalah lebih afdhal sekiranya sebahagian peruntukkan yang ada digunakan untuk bersedekah.

ADAB-ADAB KETIKA BERSAHUR
Bersahur merupakan satu ibadah dan pelengkap kepada ibadah puasa yang dijalani. Berikut adalah beberapa adab dalam menjalani ibadah sahur:

1. Umat Islam digalakkan supaya bersahur kerana di dalam sahur terdapatnya keberkatan. Umat islam sering melupakannya sedangkan bersahur merupakan suatu tuntutan yang menjadi ibadah.

Diriwayatkan oleh al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh berkat”.
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

2. Memberi sedikit ruang masa sebelum menunaikan solat subuh. Ini bagi mengelakkan kita daripada termengah-mengah ketika solat dan mengganggu khusyuk ketika solat.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat (subuh). Saya berkata: berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu subuh? Ia berkata: Selama orang membaca lima puluh ayat”.
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

3. Melewatkan sahur.

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata: “Adalah para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur”.
(Hadis riwayat al-baihaqi)

4. Meneruskan makan sekiranya telah masuk waktu subuh. Walaupun begitu ia bukanlah bermaksud boleh makan selepas masuk waktu subuh. Ianya hanya sekadar menyelesaikan apa yang sedang dimakan/minum.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan dan piring masih ditangan janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya (makan/minum sahur) daripadanya”.
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & al-Hakiem)