Sunday, May 2, 2010

My Best Friend's Wedding

Dup dap dup dap..
jantung kawanku berdegup kencang beberapa hari sebelum perkahwinannya. Kami sempat berbalas sms beberapa kali sebelum majlis (nak update perkembgn bakal permaisuri 2 hari heheh).

AKhirnya...
Hari yang ditunggu pun tiba!
1 Mei 2010
Di Kota Tinggi, Johor - pekarangan surau al-mustakin.

jam 9pg - Farah selamat bergelar isteri kepada Emi (suaminya) setelah 13 thn menjalin hubungan :) (13 thn, lama tuh! Since my fren ni form 2). Cinta zaman sekolah boleh jugalah dikategorikan sbg 'cinta monyet'..cinta main2 or tak serius or yg sewaktu dgnnya...tapi, farah n emi berjaya membuktikan kesungguhan cinta mereka. ALhamdulillah..

jam 2.45 ptg - Mana pengantin nih..tak sampai2..aku yg menunggu turut resah..dah nak dekat pukul 3, pengantin lelaki tak sampai2..pengantin perempuan sdg duduk di atas pelamin nan indah beserta mukanya terhalang oleh kipas si pengapit. Kerisauan jelas terpancar di wajah para hadirin. Dalam hatiku berdoa agar tiada perkara yg buruk berlaku. Suasana agak suspens..

Tiba-tiba..
puk kepak kepak kepuk...
Bunyi kompang bertalu-talu membuatkan aku terkejut. Terus melarikan mata ke arah pintu pagar surau. Alhamdulillah..Pengantin lelaki sudah sampai! Dengan diiringi pengapit, beliau melangkah yakin ke arah pelamin yg sedg diduduki isterinya :) ..TAPI..(part nih yg menarik!)
siapa pulak cik akak yg sedang duduk selamba di atas pelamin sebelah lelaki? Macammana pengantin lelaki nak duduk nih?

Upacara tawar menawar dan rundingan berlaku di antara cik akak yg sedang duduk di atas pelamin dengan pihak pengantin lelaki. Akhirnya, setelah 4 ang pow berisi duit 'tol' diberikan, barulah cik akak bersetuju beralih tempat dan mengosongkannya untuk pengantin lelaki...(Macam-macam hehehe)...sebelum duduk, Emi sempat menyerahkan sejambak bunga kepada Farah :) ...

Selepas itu, kawan-kawanku (bai dan adik, azu dan suami) dari Kuala Lumpur pun datang. Diberitahu jalan sesak dari JB, tu yg lambat. Kami sempat mengambil gambar dgn pengantin sbg kenang-kenangan.

To FARAH and EMI - May Allah Bless both of u and grant u with the happiness and blessings of a married Muslim couple..May u both live a happy life and has lots of children :)..May u both have long and happy life..

and That's the end of the story :)